BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya baru 2 minggu akad nikah. Seperti yang dijanjikan pihak lelaki memberi RM 10k tunai pada mak ayah saya tapi mereka tidak mahu membuat kenduri kerana corona virus. Dan saya bertanya tentang wang hantaran tersebut. Tapi mak saya kata saya tiada hak langsung keatas wang hantaran tersebut.. Jadi, dalam situasi saya, siapa yang berhak menyimpan dan menguruskan wang hantaran tersebut? Adakah pengantin perempuan langsung tiada hak keatas wang tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga perempuan. Nilaiannya adalah bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Bagi pengantin perempuan di negeri Selangor, mereka berhak ke atas wang hantaran tersebut kerana dikira sebagai maskahwin. Rujukan link : https://www.muftiselangor.gov.my/awam/fatwa/fatwa-terkini/186-hukum-penetapan-kadar-maskahwin-bagi-negeri-selangor Justeru, ibu bapa pengantin perempuan tidak berhak untuk mengambil wang hantaran tersebut tanpa izinnya. Adapun bagi negeri-negeri lain, ia tertakluk kepada bidang kuasa negeri masing-masing. Puan boleh merujuk kepada jurunikah atau Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal tentang perkara ini. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 112

message user image