BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanyakan isu rumahtangga. Saya sudah berkahwin hampir 2 tahun dan sepanjang tempoh ini, suami saya gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami baik dari nafkah zahir atau batin dengan baik. Malah dia juga tidak jujur dengan saya di mana di luar dia ada perhubungan dengan perempuan2 lain dan saya terbaca mesej2 beliau dimana ada perbualan untuk melakukan zina. Kerja dia yang dahulu di port sering mengatakan yang tidak balik sebab kerja belum habis tetapi bila baju2 yang di bawa pulang terdapat tuala putih yang biasa digunakan di hotel. Saya sedih tetapi hanya cuba bersabar kerana jika saya meminta penjelasan dia akan menafikan dan dia tidak pernah mengaku kesalahan dia. Saya berdoa dan tawakal untuk menenangkan perasaan saya. Dia tidak memberikan belanja untuk barangan dapur, tidak melunaskan bil2 di rumah dan pembayaran sewa, barangan anak sering terabai. Semua atas tanggungan saya termasuk duit asuhan anak malah perubatan. Saya pernah ajak beliau untuk berbincang tetapi selalu menemui jalan buntu sebab beliau akan memaki hamun saya dan mengatakan saya ingin mengajar dia. Keadaan ini mendesak saya untuk mencari kerja lebih masa tetapi dia juga akan mengamuk dan memalukan beliau. Hubungan dia dengan keluarga kedua-dua pihak juga tidak baik kerana dia suka berbohong, begitu juga dengan jiran tetangga dan sahabat handai. Susah untuk saya mempercayai dia kerana dia sering menipu saya dan memperbodohkan saya. Dengan kawan2 dia, dia tidak menyatakan yang dia sudah berkahwin dan begitu juga dengan laman sosial. Sering menyuruh saya untuk menipu jika ada sesiapa menghubungi beliau sehingga ingkar permintaan beliau. Keperluan anak dan barangan dapur beli sendirian. Saya tidak tahu untuk cerita lagi. Seringkali saya berdoa agar dia berubah dan menangis jika saya terlampau penat dan sedih. Saya lebih suka memendam perasaan. Permasalahan: 1- Ada perempuan lain 2- Sering berbohong 3- Tidak memberi nafkah zahir & batin 4- Menghantar mesej kata2 kesat 5- Sering mencari gaduh untuk benda kecil 6- Menghina adik beradik saya 7- Tidak membantu untuk menguruskan anak & rumah 8- Sering menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain,suami pengasuh,bos,staff dan supplier saya 9- Suka mengungkit 10- Suka membuat cerita buruk dan mengaibkan diri saya 11- Hutang tidak bayar 12- Bertindak kasar dengan saya 13- Tiada masa untuk melayan keluarga sendiri dan sering menghabiskan masa di luar dan telefon 14- Berdua-duan dengan perempuan lain 15- Meminta duit dari perempuan lain 16- Tidak solat Saya ingin meminta pandangan/nasihat. Perlu ke saya meneruskan perkahwinan kami? Saya tidak dapat menerima diri dia lagi sejak perempuan simpanan dia menghantar video zina mereka. Sungguh hati saya hancur dan hanya berdiam diri dan dia menafikan video itu dan memadam dari telefon saya. Setiap tutur bicara dia tiada yang lembut ditelinga saya, saya bukan jenis yang suka bergaduh n bertengkar kerana fikirkan ada anak kecil. Saya sudah tidak sanggup menerima cemuhan dia hari2. Saya bimbangkan keselamatan anak kami kerana jika anak kami menangis dia akan marah dan berkasar. Saya sudah tidak mahu bertemu dengan orang yang cari dia sampai ke rumah,s aya bimbangkan keselamatan kami kerana dia meminjam ah long dan menipu orang?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sebaik-baiknya diusahakan untuk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina, lebih-lebih lagi sudah mempunyai anak supaya tidak menjadi mangsa keadaan. Jika perbuatan suami masih berterusan, puan boleh mengemukakan aduan rumahtangga di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS) di talian : 03-55143461/ 03-55143462/ 03-55143458, atau hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal. Jika tiada perubahan, puan boleh terus ke Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk membuat tuntutan terhadap nafkah, atau tuntutan taklik berdasarkan taklik yang dilafaz di Surat Nikah untuk mendapatkan hak puan sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri (Selangor), bagi faedah puan sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 168

message user image