BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya memounyai 3 adik beradik. saya yang bongsu.saya mempunyai 2 orang kakak. saya mengetahui yang 2 orang kakak saya bukan kakak kandung. kakak yang pertama adalah sepupu mak saya dan kakak yang kedua adalah anak buah mak saya (anak kakak kepada mak saya) namun kedua2 nya dibela sejak lahir oleh ibu bapa saya. saya pula tidak tahu status saya kerana ibu bapa saya tidak pernah cerita mengenai waktu saya lahir tetapi saya dijaga sejak saya lahir. semasa kecil juga saya sering diejek rakan sebaya yang saya anak angkat. untuk pengetahuan, kedua2 kakak saya tahu tentang status anak angkat mereka dan kakak yang sulung kini berumur awal 50an dan kakak kedua lewat 40an. manakala saya berumur 39tahun. Soalan saya ialah: 1). apakah hukum diantara saya dengan mak saya dan juga kakak-kakak saya? maksud saya dari segi aurat dan batas2 contohnya bersalaman. 2) Bagaimanakah caranya untuk saya tahu status sebenar saya samaada anak kandung atau anak angkat tanpa mengecilkan hati mak saya (arwah bapa sudah meninggal).


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan tuan, status tuan dengan mak adalah mahram, maka kesan ke atas mahram adalah haram berkahwin, boleh bersalaman, boleh bersendirian bersamanya dan auratnya di antara pusat dan lutut. Manakala, status tuan dengan kakak pertama adalah bukan mahram kerana beliau merupakan ibu saudara sepupu, dan kakak kedua juga bukan mahram kerana sepupu. Maka kesan ke atas bukan mahram tersebut tidak boleh bersalaman dengannya, boleh berkahwin dan tidak boleh berkhalwat dengannya serta aurat perempuan kepada lelaki adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan. Antara cadangan cara untuk mendapatkan maklumat adalah perlu berbincang bersama mak dan adik-beradik lain secara harmoni supaya tidak berlaku salah faham. Selain itu, boleh berbincang dengan saudara mara lain yang terdekat (jika masih hidup) ataupun dapatkan maklumat susur jalur keluarga di Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 144

message user image