BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Mohon ustaz boleh tolong jawab soalan saya ini, 1) Bolehkah fidyah dibayar secara ansuran contoh fidyah yang ditinggalkan tahun 2017 sudah dibayar penuh.. kemudian bulan depan baru bayar fidyah untuk tahun 2018 2) Kalau boleh bayar secara ansuran fidyah itu, boleh tak saya qadha puasa ikut fidyah yang telah dibayar.. contoh dah bayar fidyah tahun 2017 kemudian qadha puasa untuk tahun 2017. Walaupun ada lagi fidyah yg belum dibayar pada tahun 2018 dan diqadha puasanya untuk tahun 2018. 3) Kalau saya dah bayar fidyah tapi tidak sempat nak qadha puasa sampai ramadhan berikutnya kerana perlu qadha puasa yang banyak.. Adakah saya perlu membayar fidyah sekali lagi bagi qadha puasa yang tertinggal lama dan banyak sebelum ini. Jika ustaz dapat menjawab soalan saya ini.. di doakan semoga ustaz dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan pembayaran fidyah Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. Rujukan link : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/812-hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah Justeru, keutamaannya ialah menggantikan hutang puasa yang telah ditinggalkan sehingga selesai, kerana ia merupakan hutang dengan Allah. Hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda : فدين الله أحق أن يقضى Maksudnya : “Hutang dengan Allah lebih berhak untuk dilangsaikan” (Riwayat al-Bukhari) Berkenaan fidyah, boleh membayar gandaan fidyahnya mengikut tahun, bayar secara ansuran atau bayar sekaligus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 65

message user image