BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: SAYA MEMPUNYAI KEINGINAN NAFSU SEKSUAL YANG TINGGI SEHINGGA KADANG KALA MENJILAT DUBUR ISTERI..APAKAH HUKUM MENJILAT DUBUR ISTERI ATAU MENIKMATI SECARA SEKSUAL TANPA ADA PENEMBUSAN ZAKAR ATAU JARI


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perbuatan tersebut hukumnya adalah diharuskan oleh syarak dengan syarat tidak membawa kepada masalah kesihatan atau penyakit. Dilakukan dengan suka sama suka, tidak membawa kepada kemudharatan dan dengan penuh adab begitu juga bagi isteri terhadap suami. Sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat, memasukkan melalui dubur dan menelan najis. Namun, yang sunnahnya ialah pasangan tidak melihat alat kelamin pasangannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 755

message user image