Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum... Saya sekarang dlm pantang bersalin 23 hari..Bolehkah saya pergi menziarahi kubur ayah..ayah saya meninggal bln 3.. Bila start pkp..langsung x dpt balik kg ziarah kubur ayah.a.skrg ni baru la dpt balik kg..rasa dh lama x ziarah kubur ayah... Semoga pihak tuan dpt beri pencerahan tentang persoalan saya ni Terima kasih...
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, seorang wanita tiada halangan dan harus untuk menziarahi kubur ayah walaupun dalam keadaan pantang bersalin. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW bersabda : كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة Maksudnya : “Saya pernah melarang kamu sekalian menziarahi kuburan, maka berziarahlah kalian ke kubur. Maka sesungguhnya kuburan itu adalah dapat menjadikan benci dalam urusan duniawi serta dapat mengingatkan akan negeri akhirat” (Riwayat Ibnu Majah) Semoga dapat ambil peringatan daripada kematian. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.