BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya tentang tuntutan wang Kisahnya bermula semasa saya kemalangan dengan orang dihadapan saya. Kereta mereka hanya rosak di bahagian bampa bawah dan pintu bonet. kami berbincang dan telah capai persetujuan untuk buat laporan polis dan orang yang dilanggar claim insuran saya, jadi sepatutnya masalah selesai disitu. Tetapi pihak yang dilanggar tidak membuat claim insuran secara terus kepada pihak insuran kerana dia telah menukar keputusan untuk menggunakan orang tengah (longkai) untuk claim insuran. Saya telah bertanya kepada orang yang mahir, kalau kemalangan, jangan sesekali bagi orang luar/tengah(longkai) yang uruskan kereta, nanti mereka kena kan caj macam macam Jadi, orang yang dilanggar telah telefon saya untuk mengatakan bahawa claim mereka tidak lepas dan terpaksa membayar harga kemalangan RM 4000 dan saya mengsyaki dia telah ditipu lah longkai sebab pada mulanya kami dah bersetuju untuk claim insuran terus mengikut prosedur yang betul, tapi dia telah menukar fikiran untuk ambil longkai.Saya mengsyaki dia telah ditipu oleh longkai tersebut sebab dia tidak mengikut prosedur yang betul untuk claim. Jadi, mereka menuntut kepada saya sedangkan kami dah setuju pada awal untuk claim insuran ikut prosedur. Kalau diikutkan pengetahuan saya, mereka yang salah sebab tak ikut prosedur yang betul. Saya tahu saya yang langgar, tetapi saya telah serahkan 100% kepada insuran. Jadi soalan saya, wajibkah saya membayar juga kepada mereka?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, perkara ini perlu diselesaikan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada. Kemalangan tersebut hendaklah dilaporkan kepada pihak polis dan urusan pembaikan kereta terlibat diserahkan kepada pihak insuran atau takaful. Melainkan terdapat persetujuan untuk menyelesaikan kes tersebut antara pihak-pihak melibatkan jumlah gantirugi dan sebagainya. Sehubungan itu, tuan tidak wajib membayar sebarang pampasan gantirugi kepada pihak mereka melainkan memang benar pihak insurans atau takaful tidak “cover” jenis kemalangan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 83

message user image