Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan cara membersihkan najis cicak yang telah kering tetapi terdapat kesan melekat di lantai. Bolehkah saya buang dengan tiau basah dahulu sehingga hilang kesan tersebut, kemudian menjirus sedikit air mutlak dan dilap sehingga kering? Perlukah diulang beberapa kali?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, dibolehkan buang ain najis dengan menggunakan tisu basah, kemudian melalukan air mutlak sehingga hilang semua sifat najis (bau, rasa dan warna). Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Tetapi sunat untuk membasuhnya pada kali kedua dan ketiga, dengan syarat air mengalir. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.