BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: assalamumualaikum, saya ingin bertanya adalah apple cider dan apple cider vineger itu halal atau haram, saya ada kekeliruan kerana sesetengah orang kata halal dan sesetengah pula kata haram. terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, Apple Cider (Cuka Epal) dan Apple Cider Vinegar (Cuka Sari Epal) adalah entiti yang sama. Kedua-dua produk cuka ini diperbuat daripada epal yang telah menjalani dua proses penapaian iaitu: Pertama – Jus Epal diekstrak daripada epal yang dihancurkan, bakteria dan yis ditambah untuk memecahkan gula epal menjadi alkohol. Kedua – Alkohol ditapai sekali lagi untuk menjadi cuka dengan bakteria aerobik yang membentuk asid asetik (ibu cuka) dan memberikan cairan rasa masam. Sehubungan itu, minuman yang terdiri daripada cuka ini secara umumnya adalah halal selagi mana ia tidak melibatkan bahan-bahan yang meragukan dan tidak patuh syarak. Dicadangkan, status halal bagi sesuatu produk boleh dirujuk di laman web Portal Halal Rasmi Malaysia: http://www.halal.gov.my/v4/ bagi pengesahan sijil halal produk tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 602

message user image