Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Dalam kolah mandi rumah saya, terdapat seekor ikan puyu. Ikan tersebut bertujuan untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes. Adakah air kolah itu dikira bersih untuk dibawa mandi dan berwuduk?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, jika air kolah tersebut melebihi 2 kolah dan tidak berubah bau, rasa dan warnanya, maka ia adalah suci lagi menyucikan. Boleh diguna untuk mandi dan berwuduk. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.