BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Adakah berdosa untuk seorang isteri membuat solat hajat & istikharah setiap hari agar Allah mendatangkan jodoh kedua yg dapat memberinya kebaikan di dunia dan akhirat?. Ini adalah kerana saya telah puas berdoa dan berbincang dgn suami agar dia berubah tetapi sebaliknya dia tetap tak dpt membimbing sy kearah suami yg diredhai Allah malahan menjalinkan hubungan mesra dengan perempuan lain secara rahsia. Solat hajat sy adalah disebabkan sy nak elakkan konflik dlm rumahtangga, dan utk tidak mahu mendedahkan isu atau aib dlm rumahtangga pd keluarga sy n keluarga suami, sy sgt menderita setiap hari dan berharap Allah memberi kebahagiaan pd sy dengan mendatangkan jodoh dgn cara yg ajaib, niat sy adalah untuk menyelamatkan diri saya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, solat hajat dan solat istikharah hukumnya adalah sunat. Ia dilakukan sebagai ibadat bagi puan mendapatkan sesuatu perkara yang dipohon dan membuat keputusan terbaik bagi menentukan pilihan dalam perkara-perkara kebaikan. Puan boleh lakukan. Soalnya rumah tangga puan sudah berada dalam keadaan konflik. Puan juga sudah puas bersabar, berikhtiar dan berusaha. Maka adalah lebih wajar perkara tersebut dimaklumkan kepada keluarga kedua-dua belah pihak supaya dapat membantu membaiki keadaan. Jika gagal juga gunakan saluran dan cara yang betul dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa agama (Unit Undang-undang Keluarga) di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran supaya penyelesaian dapat dilakukan agar niat untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan kebahagiaan dunia akhirat dapat dicapai insyaAllah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 73

message user image