BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...sy nk bertanyakn.... semalam sy beli tilam gambar cartoons..anak sy telah guna..pagi baru sy perasan gambar cartoons tu ada gambar khinzir...gambar tu kecil2 je...minta pencerahan ustaz…


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidaklah berdosa atau haram menggunakan tilam tersebut kerana ia hanya gambar sahaja. Namun, jika tidak selesa dengan keadaan sedemikian hendaklah usahakan diubah lukisan tersebut atau ditutup, ditampal dengan kain lain atau cadar agar hati lebih tenang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 115

message user image