BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, Saya ada kemusykilan. Ibu saya yang berumur 71 tahun jatuh dan patah Tulang peha kanannya disember lepas. sejak dari itu ibu saya hanya berada di atas katil & wheelchair dan memakai lampin dewasa. Saya menguruskan ibu saya sendiri. Alhamdulillah sekarang sudah boleh berjalan 10 tapak mengguna tongkat kaki empat, tapi masih lagi memakai lampin dewasa. Soalan saya, Boleh kah ibu saya teruskan solat dengen memakai lampin dewasa yang belum ditukar? Kerana malam biasanya tukar 2-3 kali selepas Isyak. Petang juga 2 kali. kalau nak ditukar lampin dewasa 5 kali diwaktu subuh ke isyak campur 2 kali malam agak banyak bagi kami. Saya tidak tukar selagi ibu saya tidak buang air besar. Selalunya pagi pukul 7 sekali dan sebelum zohor sekali. jadi asar magrib & Isyak itu saya akan memakai lampin dewasa. Tolong beri penjelasan jika apa yang saya buat ni adalah salah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat yang dilaksanakan ibu tuan dalam keadaan tidak suci daripada najis dikira sebagai solat menghormati waktu dan wajib diqada’ semula. Untuk memastikan solat ibu tuan menjadi sah, tuan perlu membersihkan dahulu najis dari tubuh badan dan pakaian ibu tuan sebelum beliau melaksanakan solat. Dalam keadaan uzur, ibu tuan boleh solat secara jamak tanpa qasar (tanpa dikurangkan bilangan rakaat) sebagai keringanan kepada orang yang dalam keuzuran. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama” (al-Hajj : 78) Jadi waktu untuk membersihkan ibu tuan dan menggantikan lampin baharu yang melibatkan ibadah solatnya hanya tiga kali sehari iaitu sebelum solat subuh, sebelum solat zohor dan asar secara jamak dan sebelum solat magrib dan isyak secara jamak. Semoga keringanan ini dapat membantu tuan dan ibu tuan dalam menjaga ibadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 292

message user image