BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah sah zakat yang diberi kepada anak2 yang belum baligh yang sedang belajar. Anak2 tersebut ditinggalkan oleh bapa dan dijaga oleh ibu yang tidak mampu dan ditanggung oleh datuk.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, sah zakat tersebut jika anak-anak itu tergolongan dalam kalangan asnaf. Tetapi, sebaiknya zakat tersebut diberi kepada ibu atau datuknya yang berperanan sebagai wali, kerana beliau yang menanggung anak dan cucu, memandangkan ibu kanak-kanak tersebut juga tidak mampu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 127

message user image