BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, Saya ingin bertanya, adakah sah hukum kami solat jumaat sekiranya jumlah makmum 50 org pelajar tingkatan 5, lbh kurang 30 org ustaz/guru dan penduduk kuaters. Ada yang ragu kerana jumlah penduduk Kuaters hanya sekitar 10 org sahaja. N pelajar tidak dikira bermastautin. Mohon pencerahan pihak tuan. Untuk makluman, kami solat di masjid sekolah. Jazakallah


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, solat Jumaat tersebut tidak sah, melainkan setelah dia memenuhi empat syarat yang berikut : 1. Solat Jumaat hendaklah didirikan di dalam kawasan binaan, sama ada di bandar atau di kariah yang diberikan keizinan oleh ulil amri. 2. Bilangan jemaah bagi solat Jumaat ialah tidak kurang daripada 40 orang lelaki yang memenuhi syarat wajib Jumaat (أهل الجمعة) iaitu lelaki, baligh dan bermastautin. 3. Solat Jumaat hendaklah didirikan dalam waktu Zohor. 4. Jangan didirikan lebih daripada satu solat Jumaat pada satu tempat selagi ia boleh dilakukan demikian. Malahan mereka wajib berhimpun pada satu tempat. Namun, harus berbuat lebih daripada satu tempat jika tempat tersebut tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ramai. Justeru, memandangkan penduduk yang bertaraf pemastautin di kawasan tersebut tidak mencapai 40 orang, maka solat Jumaat tidak sah. Ini kerana, kebanyakan pelajar tingkatan lima dan guru di sekolah tersebut hanya bertaraf pemukim sahaja dan bukan penduduk asal atau pemastautin di kariah berkenaan. Menurut hukum syarak dalam Mazhab Syafi’i seseorang pemukim wajib mendirikan solat dalam kariah tempat dia bermukim tetapi tidak kira sebagai ahli Jumaat 40 orang. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 70

message user image