BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan, Saya ingin bertanya berkenaan adakah boleh jika kita melakukan seperti perkara di bawah ini, untuk tujuan sama ada untuk mendapatkan kepercayaan bakal pembeli (prospek), atau untuk meningkatkan marketing bisnes kita. 1)Swap Like - di mana sekumpulan pengguna Instagram melakukan aktiviti, bertukar-tukar jumlah 'like' yang sama, bagi menaikkan kepercayaan prospek bila 'post' itu mendapat sambutan. Dan secara tak langsung, itu jadi marketing percuma bila, ada di antara pengguna Instagram yang turut serta dalam aktiviti itu, tertarik dengan post kita itu dan membeli barang dengan kita. 2) Beli Followers/Likes/Retweet -ada server yang boleh digunakan untuk meningkatkan jumlah followers social media. Begitu juga dengan Likes/Retweet/Subscribers. Tujuan pembelian adalah untuk menampakkan sesebuah akaun itu 'trusted'. Sebab jika followers sikit, walaupun kita jujur menjual sesuatu barangan, prospek pasti akan ragu-ragu sama ada kita ni boleh dipercayai atau tidak. Kalau tak beli servis begitu, contoh nak follow orang secara manual, orang pun taknak follow balik kalau tengok followers kita sikit je. 3)Membeli Akaun Media Social Orang Lain -dimana orang yang baru ingin memulakan perniagaan secara atas talian di media sosial, akan membeli akaun media sosial yang sedia ada ramai followers dari pengguna yang sudah bersetuju untuk menjual akaun media sosial miliknya, dengan harga yang telah dipersetujui oleh pembeli dan penjual. Ini kerana, jika kita baru-baru nak mula berniaga atas talian di media sosial, dan kita membuka akaun instagram contohnya, nak naikkan followers tu sangat la susah jika bermula dari bawah. Mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk mendapat ribuan followers sedangkan akaun pesaing kita memang sudah sedia ada ribuan followers. Harap Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan dapat memberikan jawapan kerana pada zaman yang memang berjual beli di atas talian terutamanya di media sosial, perkara-perkara yang saya sebutkan di atas ini memang ramai yang buat. Perkara di atas dilakukan di atas sebab manusia ni apa yang dilihat, itu yang dipercayai. Zaman sekarang, susah sekali menggunakan hati nurani untuk menilai sesuatu disebabkan banyak penipuan yang mungkin boleh berlaku di atas talian, memaksa pengguna untuk mengambil inisiatif mempercaya akaun media sosial yang tampak lebih ramai pengikut(followers)/likes/retweet/subscribers. Jawapan dari pihak Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan amat saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih atas masa yang diberikan untuk membaca dan membalas persoalan saya ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan; 1. Hukum asal meggunakan media sosial sebagai platform perniagaan adalah harus selagimana segala hukum hakam berkaitan urusniaga jual beli tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak. 2. Secara umumnya bertukar like secara suka sama suka tanpa paksaan atau ugutan tidaklah menjadi kesalahan. Namun perlu dilihat kepada content atau iklan yang diberikan like. Sekiranya tiada unsur maksiat pada content atau iklan maka hukumnya adalah harus. Namun jika content atau iklan mempunyai unsur maksiat maka ia boleh menyebabkan pemberi like serta semua yang terlibat mempromosikan maksiat tersebut mendapat dosa. 3. Membeli follower, like dan retweet jika diibarat seperti membeli testimoni atau membayar seseorang untuk memberikan testimoni yang baik atau untuk membuatkan sesuatu iklan itu ‘nampak’ baik maka ia tidak diharuskan kerana terdapat unsur penipuan atau manipulasi yang amat dilarang oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW melewati seorang lelaki yang sedang menjual makanan, lalu baginda bertanya: كَيْفَ تَبِيعُ فَأَخْبَرَهُ فَأُوحِيَ إِلَيْهِ أَدْخِلْ يَدَكَ فِيهِ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فَإِذَا هُوَ مَبْلُولٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ غَشَّ Maksudnya ; "Bagaimana cara kamu menjualnya?" Maka lelaki itupun memberitahu kepada Rasulullah SAW. Kemudian turunlah wahyu kepada Rasulullah, "Masukkan tanganmu ke dalam jualannya!" Maka Rasulullah SAW memasukkan tangannya, dan ternyata ia basah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menipu kami maka ia bukan dari golongan kami." (Riwayat Abu Daud) Hadis di atas menunjukkan terdapat niat untuk menipu pelanggan iaitu dengan menyembunyikan makanan yang tidak elok di sebelah bawah dan makanan yang elok diletakkan di sebelah atas. Oleh itu, apa-apa perkara yang cenderung untuk berlaku penipuan atau manipulasi untuk mendapatkan keuntungan maka ianya wajib dielakkan. 4. Membeli akaun media sosial individu lain yang lebih ramai pengikut (follower) sama hukumnya dengan membeli follower, like dan retweet. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 189

message user image