BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya sedang mengalami isu untuk menentukan haid dan istihadah selepas nifas. Soalan saya, berapa tempoh minimum suci selepas nifas untuk menentukan haid seterusnya. Dalam kes saya, 10 hari selepas nifas 60 hari saya sudah didatangi haid dan darah tersebut berlarutan buat jangka masa yang agak lama dan tidak tetap. Sentiasa keluar darah. Sudah ke klinik atas faktor kesihatan namun bagaimana menentukan haid dan nifas. Mohon pencerahan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, menurut Iman an-Nawawi, tempoh maksimum nifas adalah selama 60 hari. Justeru darah yang keluar selepas 10 hari daripada tempoh nifas adalah darah haid. Tetapi jika disebabkan oleh komplikasi selepas bersalin, akibat luka pada rahim atau disebabkan penyakit lain, darah tersebut dikategorikan sebagai darah istihadah (penyakit). Namun, ia perlu disahkan oleh doktor pakar yang memeriksa puan. Adapun, bagi menentukan sama ada ia adalah haid atau istihadah puan perlu memastikan ciri-ciri darah tersebut seperti : i. Darah haid berbau hanyir manakala darah istihadah tidak berbau (seperti darah luka) bau darah tetapi tidak hanyir. ii. Keadaan darah haid pekat dan berwarna merah kehitaman. Manakala darah istihadah cair dan berwarna merah terang. iii. Darah haid keluarnya pada tempoh kebiasaan haid puan, manakala istihadah berlaku diluar tempoh kebiasaan. Tempoh maksimum haid adalah 15 hari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 72

message user image