BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Hukum berhijrah ke negara lain secara haram (tidak mengikut undang2 negara tersebut) dan hukum hasil gaji yg diperolehi melalui pekerjaan yg halal (contohnya, cleaner).


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, berhijrah ke negara lain secara haram dari segi undang-undang, amat jelas merupakan satu kesalahan yang mengakibatkan tindakan boleh dikenakan ke atas pelakunya. Adapun pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan yang halal, gajinya adalah halal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 329

message user image