BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, sekarang ini sudah mula timbul sesetengah wanita menginaikan kening, jadi apakah hukum inai kan kening tersebut. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan: اَلْأَصْلُ فِى الْأَشْيَاءِ اَلْإبَاحَة حتى يَدُلُّ الدَّليلُ عَلى التَّحْرِيْمِ Maksudnya : “Asal bagi sesuatu itu adalah harus selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya”. Oleh yang demikian, hukum asal pemakaian inai ini adalah harus. Akan tetapi, pemakaiannya mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi antaranya: 1. Tidak mendatangkan tabarruj (menampakkan kecantikan) yang berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki bukan mahram. 2. Bagi tujuan menutup aib/kecacatan. 3. Tidak menampakkan pelambangan kepada sesuatu kaum yang bercanggah dengan norma-norma orang Islam. Kesimpulannya, jika ketiga-tiga aspek ini tidak mampu untuk dielakkan adalah lebih baik mengekalkan warna asal (hitam) yang semestinya tidak mendatangkan fitnah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih. Merujuk kepada persoalan tuan, dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan: اَلْأَصْلُ فِى الْأَشْيَاءِ اَلْإبَاحَة حتى يَدُلُّ الدَّليلُ عَلى التَّحْرِيْمِ Maksudnya : “Asal bagi sesuatu itu adalah harus selagi mana tiada dalil yang mengharamkannya”. Oleh yang demikian, hukum asal pemakaian inai ini adalah harus. Akan tetapi, pemakaiannya mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi antaranya: 1. Tidak mendatangkan tabarruj (menampakkan kecantikan) yang berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki bukan mahram. 2. Bagi tujuan menutup aib/kecacatan. 3. Tidak menampakkan pelambangan kepada sesuatu kaum yang bercanggah dengan norma-norma orang Islam. Kesimpulannya, jika ketiga-tiga aspek ini tidak mampu untuk dielakkan adalah lebih baik mengekalkan warna asal (hitam) yang semestinya tidak mendatangkan fitnah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 186

message user image