BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum meletak gambar keluarga dan gambar konvo di rumah? Gambar di letak bukan berniat menunjuk nunjuk tapi untuk mengeratkan rasa kasih sayang sesama keluarga. Gambar konvo dengan niat memberi dorongan untuk adik beradik lain untuk juga mendapat kejayaan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukumnya adalah harus kerana gambar tersebut dihasilkan melalui fotografik iaitu yang dihasilkan melalui kamera atau video. Ini berdasarkan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Buku Seni Dalam Islam: “Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempunyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.” Manakala bagi gambar yang diharamkan adalah gambar bernyawa yang dilukis atau dipahat kerana menyanyingi ciptaan dan kekuasaan Allah SWT. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW : Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling berat seksanya pada hari kiamat kelak adalah para pelukis gambar (makhluk bernyawa)”. (Riwayat al-Bukhari). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 192

message user image