Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum,saya nk tahu hukum bermain kutu duit,ada yg kata haram dan ada yang.kata harus dengan akad ibarat hutang dan membayar hutang...saya harap sangat dapat pencerahan sejelasnya ...terima kasih..
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, main kutu ini adalah harus. Oleh kerana wang yang disimpan adalah wang kita sendiri dan tiada sebarang penambahan yang dibuat terhadap wang tersebut. Oleh itu faedah daripada bermain kutu ini, hanyalah sesuai bagi mereka yang ‘sukar’ untuk menyimpan/menabung, dan juga membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan mereka pinjaman tanpa faedah. Dan wanita hari ini juga kreatif dengan menggantikan wang tersebut dengan barangan lain seperti pinggan mangkuk, barangan elektrik dan lain-lain. Walaupun harus hukumnya, namun perlulah ada garis panduan yang ditetapkan dalam permaianan kutu ini seperti nilai yang sama, perjanjian yang jelas dan juga bermain dengan orang yang dikenali untuk mengelakkan penipuan dan lain-lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.