Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya tentang apa yang perlu saya lakukan sekarang ini dengan pakaian saya yang telah lama dibasuh dan terkena najis tahi cicak pada masa yang lalu akibat kejahilan ilmu agama.Saya tidak mahu memindahkan najis ini kepada orang lain kerana saya tidak mahu ibadah orang lain dan saya sendiri tidak diterima oleh Allah S.W.T.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, kesilapan atau kejahilan yang lama adalah dimaafkan. Walaubagaimanapun, solat yang dilakukan menggunakan pakaian tersebut tidak sah dan hendaklah menggantikan semula solat tersebut. Bertaubat dan mohonlah keampuan kepadaNya supaya diterima amal ibadah yang telah dilakukan. Sekiranya pakaian itu masih ada najis atau dirasakan masih tidak suci maka bersihkan ia dengan air mutlak sehingga diyakini kebersihannya dan menjadi suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.