Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum dan batas aurat di antara anak angkat lelaki dari sebelah suami yg berumur 18 tahun yang akan tinggal bersama kami sekeluarga dengan saya selaku ibu angkat kepada anak lelaki berkenaan di mana saye memiliki 2 orang anak perempuan yg berumur 8 dan 5 tahun
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, aurat anak angkat tersebut dengan ibu, bapa dan adik beradik angkat wajib ditutup keseluruhan anggota kecuali muka dan tapak tangan kerana bukan mahram. Maka bersalaman juga tidak dibenarkan dengan seluruh ahli keluarganya yang perempuan. Oleh kerana bukan mahram atau anak susuan maka hukumnya adalah sama seperti ajnabi yang lain. Sebaiknya peringatkan kepada mereka batas pergaulan dan hukum berkaitan aurat dan hubungan dengan bukan mahram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.