BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya pernah membeli dapur gas jenama singer melalui seorang ajen sekitar tahun 1980an. Saya baru teringat kemungkinan besar bayaran belum selesai. Saya pergi kekedai singer utk semakan tapi tiada rekod. Ejen tersebut telah meninggal. Bagaimana cara saya nak selesaikan hutang tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, situasi tersebut hanyalah kemungkinan. Dan tiada rekod hutang di kedai tersebut. Jika tuan benar-benar yakin bayar sahaja di kedai jika mereka menerimanya. Jika tidak, gunakanlah wang tersebut untuk bersedekah pada mana-mana institusi atau serahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum masyarakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 165

message user image