BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum.w.b.t. Ustaz. Saya seorang anak perempuan. Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan perempuan sepasang. Terus pada point, bapa masih ada tapi sudah berkahwin dgn ibu tiri. Suami agak tidak sukakan sikap bapa dan ibu tiri yang baginya seolah olah boleh menganggu rumah tangga kami. Hampir setiap kjadian pertelingkahan pasti dia akan sebut tentang bapa perangai bapa saya. Kerana bapa dulu meminjam wang darinya hingga kini masih belum dilunaskan. Walaupun bapa telah bjanji dan sering juga dlu saya akan pertahankan bapa dari dihina suami. Namun pertanyaan saya adakah berdosa jika saya tidak mampu beri belanja kpada bapa sebagai tanda membalas jasa mrreka semasa saya masih kecil. Dan demi jaga hati suami saya turutkan segala apa yang dia tak suka tentang bapa dan ibu tiri saya. Apa perlu buat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Sebagai anak wajib untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa dalam setiap perkara termasuklah dengan menyara keperluan sara hidup mereka. Sekiranya tidak mampu beri banyak, sedikit pun memadai. Jika tidak mampu juga dari segi kewangan, berbaktilah kepada mereka dengan cara dan kaedah yang lain, asalkan mereka bahagia. 2. Seorang isteri wajib taat kepada suami selagi tidak menyuruh kepada yang mungkar. Seorang isteri yang tidak taat kepada suami sedang suami dalam keadaan melaksanakan tanggungjawab mengikut kemampuannya hukumnya adalah nusyuz (ingkar) yang menyebabkan suami tidak berkewajipan memberi nafkah. Sebaiknya perkara ini dibawa berbincang, dapatkan kata sepakat antara suami isteri tentang bagaimana mengatasi hal tersebut. Sekiranya perlu, dapatkan nasihat daripada keluarga terdekat, sahabat handai atau pakar kaunseling bagi penyelesaian perkara tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 208

message user image