Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Pertanyaan saya adalah tentang najis. Baju saya terkena najis. Kemudian saya terus membasuhnya. Saya membasuh baju saya di lantai. Oleh kerana saya membasuh baju di atas lantai, terdapat takungan bekas basuhan baju itu di bawah baju saya. Persoalannya, adakah air takungan itu air mutanajis? Adakah membasuh sekadar menghilangkan bau, rasa dan warna najis itu mencukupi untuk membersihkan baju saya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Benar, air takungan tersebut menjadi air mutanajjis kerana terkena basuhan baju yang bernajis. 2. Benar. Namun, perlu dipastikan juga air yang digunakan untuk menyucikan pakaian adalah air mutlak (air yang suci lagi menyucikan). Ini kerana bagi memastikan pakaian tersebut suci dan sah untuk digunakan ketika solat. Adapun membasuh sekadar menghilangkan bau, rasa dan warna najis itu adalah syarat bagi najis mughallazah. Setiap jenis najis berbeza cara menyucikannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.