BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Sy nak bertanya, bolehkah sebagai org islam berkerja dengan org bukan islam dalam syarikat pinjaman wang berlesen. Yg mana sedia maklum terdapat riba n faedah yg berlebihan slm syarikat tersebut? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bekerja dengan orang bukan Islam di syarikat pinjaman wang berlesen tersebut adalah haram. Lebih-lebih lagi puan telah sedia maklum bahawa syarikat pinjaman tersebut mengamalkan riba’ yang dilarang dalam Islam. Firman Allah SWT: وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (al-Baqarah : 275) Kerana bekerja di situ dianggap membantu perkara dosa. Firman Allah SWT ; وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (al-Maaidah : 2) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 84

message user image