BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Kira-kira 20 tahun lalu, saya menyambung pelajaran diluar negeri. Ketika kembali ke tanah air, saya tidak tutup akaun bank disana dan ada mempunyai hutang credit card dalam RM1,500 (tukaran wang ketika itu). Pada mulanya, saya bayar dari Malaysia tetapi kemudian terlupa. Sekarang, bila saya sedar kesilapan, saya mahu menjelaskan hutang tersebut. Saya cuba menghubungi bank tersebut andainya ia masih menyimpan rekod saya. Malangnya, bank tersebut telah diambil alih oleh sebuah bank lain dan beberapa email saya kepada bank itu tidak mendapat layanan. Soalan saya, apa perlu saya buat yang saya menjelaskan hutang-hutang tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana saudara telah berusaha semampu yang boleh, dan bank yang baru juga tidak memberi maklumbalas, maka duit hutang tersebut hendaklah diserahkan ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor atau cawangannya yang berhampiran tempat tinggal, kerana dianggap tiada pemilik. Mudah-mudahan Allah memberi pertolongan kepada saudara, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin Ja'far dia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah sentiasa bersama (memberi pertolongan pada) orang yang berhutang (yang ingin melunasi hutangnya), sehingga dia membayar hutangnya, selama hutang tersebut bukanlah sesuatu yang dibenci oleh Allah” (Riwayat Ibnu Majah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 162

message user image