BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam Pejabat Mufti Selangor. Jika download software crack atau download lagu/movie/apa2 secara crack untuk kegunaan peribadi tanpa komersial adakah doa tidak dimakbulkan? hadis kata doa tak makbul makanan, minuman, pakaian haram. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mendownload software crack adalah dilarang kerana ia melibatkan hak cipta individu, melainkan mereka telah memberi kebenaran untuk orang ramai memuat turun. Justeru, kemakbulan doa juga turut berkait dengan tindakan yang dilakukan seseorang. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, katanya "Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Hai, manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkanNya kepada para Rasul. Firman-Nya: "Wahai, para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Mukminun : 51) "Wahai, orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu" (al-Baqarah : 172). Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadahkan tangannya ke langit seraya berdoa: "Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!" Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan dia diasuh dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 71

message user image