Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Salam mufti, Saya ada bernazar untuk memberi qurban 1 lembu jika selesai majlis perkahwinan saya. Sekarang saya dah selamat kahwin, dan ingin membayar nazar tersebut. Bolehkah saya memberi qurban seekor lembu di luar negara dan bukan dalam negara
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, wajib menunaikan nazar tersebut dan harus dilakukan sama ada dalam negara atau diluar negara, sekiranya tidak ditentukan tempat dan masa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.