BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum sesaorang berniaga alat solet wanita,setiap wanita Akan bersolet Serta berhias apabila keluar rumah.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, harus hukumnya berniaga alat solek wanita. Adalah tidak menjadi tanggungan penjual jika wanita bersolek/ berhias apabila keluar rumah. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)” (al-An’am : 164) Ada juga wanita yang gunakan untuk berhias kepada suaminya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 150

message user image