BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ada soalan berkaitan dengan suntikan botox. Saya ada parut yang berlekuk kedalam dekat dahi dah menampakkan seolah-olah saya tengah marah dan berkerut setiap masa. Saya telah berjumpa doktor untuk bertanyakan tentang parut tersebut dan cara paling berkesan untuk menghilangkan nya menggunakkan botox. Adakah dibenarkan untuk saya berbuat demikian atau haram jika melakukan suntikan tersebut? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, secara asasnya melakukan perubahan pada anggota fizikal tubuh badan atas sebab keinginan untuk menjadi lebih cantik adalah haram. Akan tetapi sekiranya ia dilakukan atas sebab keperluan atau hajat seperti mahu menutup aib maka ia diharuskan. Dalam situasi saudara sekiranya mahu mengambil ubat untuk menutup lekukan pada dahi (menampakkan wajah seperti sedang marah dan berkerut sentiasa) bagi menutup keaiban maka dalam Islam ia diharuskan. Walaubagaimanapun, umum mengetahui penggunaan botox ini adalah haram kerana di dalamnya terdapat bahan-bahan yang berunsur daripada najis babi dan juga ada sesetengah produk tersebut mengandungi bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudharat kepada penerimanya. Di dalam Islam kita dilarang menggunakan perubatan yang mengandungi najis dan juga dilarang memudaratkan diri sendiri lebih-lebih lagi dalam menuruti keinginan hawa nafsu. Sehubungan itu, bermuhasabah dan buatlah keputusan yang terbaik supaya apa yang kita lakukan nanti tidak memberi mudharat kepada diri dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 255

message user image