BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: (1) Saya ingin membuat aduan. Saya di suruh bapa mentua saya mengaku pada hakim yang saya telah jatuh kan talak 3 pada istri. Jika saya enggan mengaku saya akan ditangkap polis atas alasan saya gagal laporkan diri di balai segamat. Saya mohon jasa baik tuan kes saya diuruskan disini dengan persetujuan isteri atas alasan taknak digangu pihak ke tiga iaitu bapak mentua saya juga bekerja di pejabat agama Islam Segamat bahagian kubur. (2) 2 April, saya sedang tidur akibat demam bawah ke tengah hari saya berasa mabuk dan melayang2 akibat kesan2 ubat yang saya makan tanpa tidak sengaja saya mengamuk seperti orang gila dan terus memarahi ayah saya tanpa sedar itu ayah saya terus bersambung ke isteri saya dengan punca ingin meminjam duitnya RM30 untuk menambah duit gas. Selepas saya pulang dari membeli gas terus ke dapur untuk makan ubat 1biji lagi sebab dan terus memujuk isteri tentang duit yang saya pinjam. Isteri saya masih berdiam dan lama kelamaan saya terus memarahi isteri sehinga isteri saya menjerit dan berkata tidak tahan di sini ingin keluar dan tanpa sedar saya terus berkata. “Kau keluar dari sini jatuh lah talak 30punya hal kau nak bermasam muka degan aku.” Saya terus keluar dari rumah membawa moto tanpa arah tuju selama setengah jam kemudian saya balik ingin membawa anak saya ke rumah bapa saya dihalang pulak isteri saya. Sebab isteri kata saya tidak terkawal, dan terus saya menuju ke rumah bapak saya tanpa sedar masa bila saya memegang jag yang berisikan racun ecomex sedegup juga saya sempat telan dan saya terdiam sedar terlantar di hospital. Keesokan harinya isteri anak dan bapa mentua datang terus mentua cakap ok sudah selesai dah awak dah tiada apa2 lagi dgan akak. Saya pun terkedu dan teringat apa yang jadi rupa2nya isteri saya terdengar saya jatuhkan talak padanya talak 3 ketika itu, dan saya yang cakap kau keluar sari sini jatuh talak 30punya hal nak bermasam muka. Dan saya ingin membela diri di segamat tidak boleh sebab disuruh mengaku jatuh talak 3 jikalau saya bantah saya akn ditangkap. Dan saya berbincang dgan isteri dn isteri terus saya ke kl rumah kakak saya bela diri di sini pertahankan hak saya. Mohon jasa baik tuan izin saya bela diri di sini, untuk selamat kan rumah tangga saya. Segala apa yang saya katakan di sini semua ada bukti. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan, 1. Pihak tuan boleh hadir dan terus membuat aduan di mana-mana Balai Polis atau Pejabat Agama Islam Daerah yang berdekatan, jika merasakan terdapat gangguan dan ancaman terhadap diri dan keluarga tuan. 2. Berkenaan lafaz talak, tuan boleh memohon pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah yang berdekatan tempat tinggal. Sebarang keputusan akan diputuskan oleh Hakim dan semua pihak hendaklah menerima keputusan tersebut dengan tabah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 175

message user image