BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam, Dalam tempoh pkpp ini solat jumaat berjalan tetapi kapasiti terhad. jika suami saya telah ke masjid tetapi kapasiti sudah penuh dan tidak dibenarkan masuk adakah dia berdosa? ini kerana, disebabkan kerja dia hanya boleh keluar pada waktu rehat. dengan ini apakah: 1. dia perlu cari masjid lain sehingga dapat masjid yg boleh dimasuki untuk solat jumaat? walaupun jauh? 2. dia perlu untuk keluar seawal mungkin contoh seawal sejam sebelum waktu untuk pastikan dapat memasuki masjid? terima kasih. saya harap kemusykilan saya dapat dijawab.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, umat Islam di Negeri Selangor WAJIB mendirikan Solat Jumaat berdasarkan SOP yang telah ditetapkan, dengan kehadiran mengikut kapasiti sebenar Jamaah di Masjid dan Surau Kebenaran Jumaat. Sehubungan itu umat Islam yang telah memenuhi syarat mendirikan Solat Jumaat MESTI mendaftar atau berusaha untuk hadir menggunakan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sehubungan itu, bagi mereka yang telah mendapat pengesahan kehadiran untuk mendirikan solat Jumaat adalah WAJIB hadir bagi menunaikan kewajipan solat Jumaat. Oleh itu, BERDOSALAH sekiranya dengan sengaja tidak hadir tanpa sebarang uzur syarie atau dengan sengaja memberikan pengesahan tersebut kepada orang lain. Sekiranya terdapat keuzuran maka hendaklah dikembalikan pengesahan kehadiran tersebut kepada pihak Masjid atau Surau Kebenaran Jumaat untuk diisi oleh jamaah lain yang menunggu giliran. (https://www.muftiselangor.gov.my/taudhih-al-ahkam/1021-kewajipan-mendaftar-untuk-solat-jumaat-dan-kewajipan-solat-jumaat-setelah-mendapat-pengesahan-kehadiran) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 81

message user image