BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Di pasaran sekarang, terdapat alat yg dinamakan menstrual cup, digunakan bg menggantikan tuala wanita. Alatnya diperbuat dr getah atau silikon lembut berbentuk cawan, yg akan dimasukkan melalui lubang faraj dan akan sealed kawasan keluar darah, dan akan menakung di dalam. Jika nak dibersihkan, hanya menarik dan menuangkan darah ke dlm tandas. Soalan sy, apakah wanita yg istihadhah yg menggunakan menstrual cup ini boleh berwudhu seperti biasa dan solat seperti biasa tanpa perlu berwuduk tiap kali hendak solat, kerana darah tidak keluar, cuma menakung di dalam. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, kaedah menggunakan menstrual cup bagi wanita yang istihadah dianggap menanggung najis (darah istihadah). Justeru, ia hendaklah dicuci sebelum berwuduk bagi menunaikan setiap kali solat fardhu, satu wuduk untuk satu solat fardhu, adapun solat sunat boleh berbilang-bilang. Justeru, membersihkan diri termasuk dalam syarat sah solat. Walapun ia bukan darah haid, tetapi hendaklah seseorang wanita membersihkan diri (badan) dan pakaian setiap kali hendak menunaikan solat. Firman Allah SWT yang bermaksud : “SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (al-Baqarah : 222) “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (al-Muddaththir : 4) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 88

message user image