Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Tajuk : Ibadah Korban Suami Isteri. Bolehkan sesorang itu /suami meminjam duit kepada sesorang (isteri) untuk menunaikan ibadah korban dan berjanji akan menggantikan nya semula.. adakan tempuh masa untuk membayar semula duit yg dipinjam itu atau bila² masa atau tiada tempuh.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum melaksanakan ibadah korban dengan menggunakan duit(pinjam) adalah diharuskan. Namun begitu, pelaksanaan ibadah korban dengan cara ini mestilah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan seperti berikut: 1. Wajib bagi si penghutang untuk dapat membayar kembali wang/duit yang telah dipinjaminya dengan kadar yang segera dan tidak bertangguh-tangguh bahkan yang lebih teruk lagi tidak membayar duit yang dihutang kerana hal ini boleh jatuh kepada hukum haram. 2. Peminjam mempunyai pendapatan yang tidak hanya menyara dirinya tetapi juga lepas untuk menyara orang yang berada dibawah tanggungannya dan dalam pada masa yang sama memiliki lebihan wang kerana ini dapat menunjukkan bahawa dia berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban. Kemampuan merupakan salah satu syarat yang mesti dipenuhi bagi sesiapa yang ingin menunaikan ibadah korban. Oleh itu, bagi sesiapa yang tidak berkemampuan maka gugurlah tuntutan ibadah ini ke atasnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.