Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum ambil barang organisasi yang telah meninggalkan barang tersebut kerana berpindah ke tempat lain. Barang tersebut telah dilupus kira dari inventori
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, perbuatan mengambil barang yang telah dilupuskan dan ditinggalkan oleh mana-mana pihak adalah harus, kerana pemilikannya telah berpindah kepada hak umum disebabkan status harta tersebut telah dilupuskan dan ditinggalkan. Namun adalah lebih baik dan selamat sekiranya pihak tuan memaklumkan terlebih dahulu kepada pemilik asal harta tersebut atas tindakan tuan mengambilnya. Ini bagi mengelakkan tuntutan di kemudian hari seperti dituduh mencuri dan sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.