BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Jika seseorang mengangkat tangan dari anggota wudhu,ia akan menjadi musta’mal. Sunnah rasulullah semasa membasuh kaki,baginda menggunakan jari kelingking untuk membasuh di celah-celah jari kaki,adakah boleh mengangkat tangan untuk memasukkan jari dicelah-celah jari kaki atau tidak? Bagaimana pula untuk membasuh janggut yang panjang,bolehkah mengangkat tangan dari muka?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, air musta’mal adalah air mutlak yang telah digunakan untuk mengangkat hadas samaada hadas kecil atau hadas besar. Baki basuhan pertama (yang mengangkat hadas) itulah yang dikira air musta’mal kerana ia telah digunakan untuk mengangkat hadas manakala baki basuhan kali kedua dan ketiga tidak dikira air musta’mal. Air musta’mal tidak boleh digunakan semula untuk menggangkat hadas bagi anggota badan yang masih berhadas tetapi boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti, mencuci tangan dan pakaian yang tidak bernajis dan menyiram pokok. Berbalik kepada persoalan tuan, adalah digalakkan untuk tuan mengikut sunnah Rasulullah SAW iaitu dengan memasukkan jari kelingking tangan di celah jari-jari kaki bagi memastikan keseluruhan kaki dibasuh dengan sempurna. Bagi memastikan air tidak menjadi musta’mal ketika berwuduk, tuan perlu mengelakkan diri daripada mengangkat tangan ketika membasuh anggota wuduk termasuk ketika membasuh kaki dan janggut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 74

message user image