Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Apakah hukum kutu emas?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, asas hukum kutu dalam kewangan Islam adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan pengharamannya. Ia adalah harus selagimana ia tidak melibatkan unsur riba dan gharar (ketidakpastian). Mengikut mazhab Imam Shafi'i Akad/ Kontrak dalam permainan kutu ini adalah akad/ kontrak hutang. Oleh itu, haram bermain kutu tanpa akad berlafaz atau kontrak bertulis. Ini adalah pendapat muktamad.
Sekian, terima kasih.