BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: 1.setiap bulan saya ada buat potongan khairat bapa mertua saya di institusi tempat kerja saya, setelah bapa mertua meninggal dunia, duit tersebut ada di simpan saya kerana kos urusan semua telah di uruskan oleh pihak masjid disebabkan bapa mertua saya juga ada membuat potongan, soalan saya seperti berikut:- a) boleh ke duit tersebut saya simpan dan gunakan untuk diri saya dan keluarga memadangkan saya yang membuat potongan, jika hutang bapa mertua saya tiada b) adakah duit tersebut perlu diserahkan kepada ibu mertua saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, wang khairat kematian pada asalnya adalah untuk tujuan membiayai perbelanjaan pengurusan pengebumian jenazah pencarum atau penamanya. Apabila tidak digunakan atau mempunyai kelebihan, ia boleh digunakan oleh ahli warisnya, termasuk puan sebagai pembiaya. Bagaimanapun, ada baiknya jika dimaklumkan kepada ahli waris yang lain termasuk ibu mertua puan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 92

message user image