Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya nak tahu tentang hukum najis anjing. Begini, rumah sewa yg kami duduk ni takde pagar. 1 hari lepas pukul 12 pagi, saya ada diruang tamu. Terdengar bunyi anjing yang kuat sangat dibahagian beranda rumah. Dan anjing tersebut melanggar barang yang saya tak pasti barang apa. Di situ ada robok kasut yg sering menjadi tempat tidur stray cat. Kemungkinan anjing ternampak kucing2 tersebut ke tidak saya tak pasti sebab saya ada dalam rumah. Bila buka pintu takde dah anjingnya. Jadi tak nampak anjing buat apa, pijak dimana. Persoalannya disini, anjing datang dalam keadaan hujan. Jadi ada beberapa tompok air yang disyaki tapak kaki anjing, dilantai. Setelah saya cek, tong sampah hitam khas untuk beranda ni juga ada kesan air. Mcm terselet gitu. Kemungkinan anjing terlanggar dan bergesel dengan tong tersebut. Barang lain saya tak pasti anjing langgar atau tak. Jadi perlu atau tak saya sertu lantai dan tong sampah? Barang lain yg disyaki dilanggar tu perlu sertu tak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana situasi berlaku hanya dalam sangkaan sahaja kerana saudara sendiri tidak pasti dan tidak nampak, maka tiada keperluan untuk disertu barang-barang tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.