BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Boleh kah sy jamak dan kasar semasa sy nak lakukan operation


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, di antara sebab yang membolehkan seseorang melakukan solat jamak adalah ketika dharurat seperti terlibat dalam prosedur pembedahan yang memakan masa yang panjang sehingga luput waktu solat. Jamak adalah dengan mengumpulkan solat zohor dan asar atau magrib dan isyak di dalam satu waktu. Keharusan ini terpakai kepada pesakit dan petugas yang terlibat. Kaedah Fiqh ada menyebut ; الضَّرُوْرَةُ تُقَدَّرُ بِقَدَرِهَا Maksudnya : “Keringanan yang diberikan hanya sekadar menghilangkan darurat tersebut.” Adapun qasar solat iaitu dengan memendekkan solat empat rakaat kepada dua rakaat, ia hanya diharuskan kepada orang yang bermusafir yang memenuhi syarat tertentu. Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk FATWA TENTANG HUKUM SEMBAHYANG JAMA' KERANA MENJALANI RAWATAN PENYAKIT-PENYAKIT KRONIK DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan diwartakan pada 9 Mei 2002 melalui laman link : https://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2000-2004/97-fatwa-tentang-hukum-sembahyang-jama-kerana-menjalani-rawatan-penyakit-penyakit-kronik-di-hospital-kerajaan-dan-swasta والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 144

message user image