BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum,saya ingin bertanya status kasut saya selepas kencing di tandas kerana saya khuatir saya terpijak air kencing saya.adakah ia najis atau tidak.saya ada penyakit was-was yang kronik.Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, apa yang saudara alami pada ketika itu adalah was-was yang datangnya daripada gangguan syaitan. Oleh itu, dalam ikhtiar untuk menghilangkan perasaan was-was berkaitan kenajisan seperti yang dinyatakan, maka saudara perlu mengembalikan setiap perkara itu pada asalnya iaitu :  Asal lantai tersebut adalah suci dan kesucian lantai tersebut tidak sedikit pun terjejas dengan keraguan saudara tentang kenajisannya (ragu-ragu terpijak air kencing atau tidak).  Asal kasut saudara juga adalah suci dan bersih, maka kesucian serta bersihnya pakaian itu tidak terjejas sedikitpun dengan keraguan saudara berlaku percampuran dengan kenajisan yang saudara ragui itu. Kesimpulannya, hukum kenajisan sesuatu perkara perlu didasari atas keyakinan bahawa berlaku perkara yang jelas tanpa ada rasa was-was atau syak. Jika tiada keyakinan yang jitu, maka berbaliklah kepada hukum asal sesuatu perkara itu. Dalam konteks masalah saudara, berbaliklah kepada hukum asal kasut dan lantai itu adalah bersih dan suci. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 144

message user image