BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya pergi bercuti pada hari khamis,jumaat dan sabtu di pulau dan pulau tersebut tiada masjid ,jarak rumah dri pulau tidak sampai 2marhalah,jadi saya nak tau apa hukum tinggalkan solat jumaat kepada kaum lelaki?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum meninggalkan solat Jumaat ketika mana bercuti di pulau yang jaraknya daripada rumah tidak sampai 2 marhalah adalah tetap berdosa sekalipun telah menunaikan solat Zohor. Ini kerana jarak yang tidak sampai 2 marhalah itu, tidak bertaraf musafir dan wajib menunaikan solat Jumaat. Sehubungan itu, rancanglah perjalanan dengan sebaiknya supaya aktiviti-aktiviti liburan tidak menghalang dalam melaksanakan ibadah yang ditaklifkan kepada kita. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 529

message user image