Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ada masalah kentut faraj yang serius ketika solat.. (tidak dapat tahan) kadang kadang saya sendiri confuse sama ada yang alami itu kentut faraj atau tidak.. Wudhuk ambil berkali kali.. Ia benar benar menganggu saya.. Bagaimana hukumnya ?ada dengar jika ia tidak dpt ditahan dan berlaku dgn kerap dianggap penyakit dan tidak membatalkan solat.. Minta pencerahan.. Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, dalam situasi ini, sebaiknya puan dapat membezakan angin (kentut) yang keluar itu dari dalam rogga badan atau sebaliknya. Jika dari dalam badan maka batallah wuduk dan solat. Jika bukan, ia adalah bunyi angin yang berada di permukaan faraj sahaja. Justeru, tidak membatalkan wuduk dan solat. Keadaan ini terjadi kerana pergerakan semasa solat, lebih-lebih lagi wanita yang telah melahirkan anak dan keadaan faraj yang terbuka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.