BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Sy dengar suami kata kalau awk menjerit, sy ceraikan awk. Tp bila sy tya suami, dia kata waktu tu dia dalam keadaan marah dan kata kalau awk mencarut, sy ceraikan awk. Jatuh ke talak bila sy dgr dia kata menjerit, dan sy terus menjerit.. sedangkan suami kata jika sy mencarut. Sy yakin sy cuma menjerit dan tidak mencarut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak jatuh talak kerana ketika itu puan tidak melanggar syarat ta’liq iaitu tidak mencarut. Walaubagaimanapun, suami dan isteri perlu hadir ke Mahkamah Syariah yang berdekatan yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan berkaitan lafaz talaq sama ada melibatkan lafaz talaq secara lansung (التنجيز) atau secara tidak langsung (التعليق ). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 99

message user image