BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: salam..sy ingin jawapan atas kemusykilan sy..baru baru ini suami sy ada mengatakan kepada seseorang yg dia telah menceraikan sy dan kami tidak lg tinggal sebumbung..dan disini sy ingin tahu adakah kata2 tersebut akan menyebabkn jatuh talak ke atas diri sy?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Merujuk kepada persoalan saudari, berdasarkan kepada hukum syarak, perkataan suami boleh membawa kepada jatuhnya talak kerana pengakuan suami mengandungi perkataan cerai (lafaz soreh). Sebaiknya, hendaklah mengemukakan perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah bagi menentukan pengesahan lafaz cerai tersebut dan status pernikahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 62

message user image