Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah hukum menggunakan krim untuk membesarkan payudara dan punggung? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, adalah harus digunakan untuk mencantikkan tubuh badan untuk suaminya, dan menjadi haram jika bertujuan untuk tontonan kepada lelaki yang bukan mahramnya. Pastikan bahan krim tersebut halal dan bukan najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.