BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Saya mohon penjelasan berkenaan ibadah korban. Baru2 ini saya ada usulkan kpd staff2 saya utk melakukan ibadah korban. Tetapi mereka tidak cukup wang tapi ingin melakukannya. Mereka maampu membayar sebahagian drp harga korban. Saya cadangkan kpd mereka, mereka bayar berapa yg merrela mampu dahulu dan selebihnya saya akan dahukukan dan dibayar bulanan ikut kemampuan mereka. Mereka bersetuju. Saya telah pun mendaftarkan 5 orang staff saya ini. Tiba2 ssaya terfikir adakah tidak salah cara saya ini? Adakah ibadah korban mereka sssah?.Saya ada memberitahu mereka. Sekiranya salah seorang dr kami meninggal dahulu, saya halalkan semuanya. Tapi bayarlah selagi masih hidup. Harap penjelasan dr pihak tuan seceat mungkin.Terima kaasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, korban adalah ibadah sunat muakkad, kecuali jika dinazarkan ia menjadi wajib. Oleh kerana besar fadhilatnya, maka dituntut untuk dilakukan setiap tahun pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi yang berkemampuan. Apa yang dilakukan oleh puan merupakan galakan mendahulukan bayaran harga sebahagian lembu yang dikorban dikira sebagai hutang kerana masing-masing mempunyai pendapatan tetap. Justeru, cara ini dibolehkan dan ibadat korbannya adalah sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2020
Jumlah Pelawat : 147

message user image