Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: 1.Apakah hukum meletakan duit syiling Di kelopak Mata jenazah. 2.apakah hukum meletakan sesuatu Di atas peruh jenazah.??contoh seperti buku. Ada yang berkata agar perut jenazah tidak kembung. Adakan ia benar???
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan tersebut hanyalah adat setempat bagi menguruskan jenazah. Adapun, meletakkan duit syiling adalah bagi tujuan menutup mata jenazah dari terus terbuka manakala meletakkan sesuatu yang berat di atas perut jenazah adalah bertujuan mengelakkan perut dimasuki angin. Namun, jika dapat dielakkan perkara ini, ia lebih afdhal kerana dibimbangi jadi ikutan kepada orang lain yang tidak faham tujuan sebenar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.